Why Needs for Further Study?


Nilai Pembelajaran

Ramai di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman pekerjaan & penglibatan dalam bidang sosial, politik atau apa apa organisasi.

- Ada di antaranya yang mempunyai kelayakan ikhtisad setaraf kelayakan akademik.

- Manakala yang lainnya pula sekadar berkeupayaan atau berkelayakan tanpa pengikhtirafan akademik yang bersesuaian.

- Mereka yang berprofil tinggi mungkin dianugerahkan dengan Doktor Kehormat.

- Bagi yang selainnya, mereka akan kekal dengan kelayakan asas akademik, sedangkan jawatan atau kedudukan mereka sebenarnya mengatasi atau menyamai kelayakan setaraf. Namun setiap proses pengurusan ada kaedah dan terma terma yang universal sebagai panduan umum yang dapat meghubungkan satu sama lain dengan lebih berkesan.

- Pembelajaran sepanjang hayat boleh memberikan pengikhtirafan kepada mereka yang selayaknya melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel:

Mempelajari perkara perkara terbaik yang diamalkan masa lalu.

-         - Universiti dan kolej mengajarkan perkara perkara yang telah dipraktikkan oleh pakar- pakar di dalam industri berkaitan secara berkesan dan kemudiannya dijadikan sebagai silbus akademik. 

Mempelajari perkara perkara dan perubahan semasa.

- Dunia tanpa sempadan yang terdedah kepada perubahan akan menyaksikan perkara perkara baru yang perlu dipelajari dan boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa sesuai dengan keperluan industri.

Mempelajari perkara perkara yang akan datang seperti risiko dan perubahan yang perlu ditangani

- Pembelajaran yang komplek  seperti subjek teras, psikologi, asas akademik dan persekitaran kemahiran seperti analisis PESTEL (Politik, Ekonomi, Sosio budaya, Teknologi, Environmental/persekitaran  & Law/undang undang-undang) boleh meningkatkan kemampuan bagi bersedia untuk menangani pengurusan dan perubahan.

- Profil tentang kefahaman & pengetahuan ikhtisad seringkali diterjemahkan melalui sijil atau skrol akademik walaupun keupayaan sebenar melebihi jangkauan.

- Ayuh! terjemahkan keupayaan dan pengetahuan anda secara rasmi (akademik) dalam pengajian separuh masa melalui Program Eksekutif/ MQA; Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master & DBA

Generasi berdaya maju bukan hanya berserah kepada "Qadar ala Kadar"
Anda boleh mengubahnya...